CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

SPARKLING ME

SPARKLING ME

ZAMAN SUKA DUKA KITA BERSAMA....

Aku harap korang enjoy.. and thanks coz melayari my blog, if u wanna give any comment please do so in ruangan komen.. hohoho.. pandai betul BI aku ni.. padanlah terjemahan tak lepas2 huhu..

Terima kasih di atas sokongan and dorongan dan penambahbaikan idea yang diberikan.. Kerjasama anda amatlah saya hargai.. (apa-apa yang eden ada masalah tolonglah bantu ek)..

Anyway thanks sebab masih sudi nak baca blog ni.. khas untuk korang sumer... Especially for Puan Noorizam Azira...

Saturday, March 22, 2008

Ahad, 23 Mac 2008

Hai sumer... bertemu lagi kita dalam blog aku ni.. ape ek yang aku nak citer hari ni.. hmm.. sempena minggu kefahaman Islam ni kan, banyak giler aktiviti yang diadakan.. tapi kitorang tak g pun hehe.. banyak keje la nak survey internet lagi.. esok dah nak hantar ni, keje tak siap lagi..
Pagi2 lagi diorang dah dendangkan lagu2 nasyid memperingati Rasul junjungan kita... sampaikan ada sorang budak cina tu kata bisingla apa la.. tapi diorang lagi kuatkan bunyi tu adalah.. haha bengkek jer budak Cina tu, geli hati aku..
So skang ni aku just nak update apa yang aku nak wat untuk hari ni jerla.. takde pape yang menarik perhatian pun, malam kang korang g tak untuk tengok kumpulan nasyid Saujana tu kat DSU, pergi la.. jangan tak g..
K ek, nak masuk kan gambar kat dalam blog ni, leh la korang nak tengok gambar2 aku tu.. hehe..

Friday, March 21, 2008

Sabtu, 22 Mac 2008

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera...

Bertemu lagi kita dalam rancangan sehari bersama wana... semalam ada ceramah kat PI, aku pun yoyo ooo gi la.. tapi leh tahan gak lah yang datang tu.. best gak lah ustaz tu bagi ceramah, ada 2 orang yang aku ingat ada sorang jer.. nama hujungnya Kamaruzzaman, yang depannya aku tak tau pula... tapi yang lagi sorang tu kelakar gile, siap wat lagu2 lagi...

Awal giler kitorang datang semalam, dalam kul 7 lebih, tak ramai orang pn time tu.. aku ngan mai jer yang beria2.. bila dekat-dekat ngan Isyak tu barula ramai sikit yang datangnya.. pastu semalam pasal usahawan tu aku ngan Mai dah nak wat dah.. tapi tak dapat banyak barng jer.. cuma petang ni baru nak tambah2 untuk power point tu.. ngan movie maker nya tak siap lagi, ngan Tamadun Islam nye tokoh lagi.. dah la sumernya nak hantar hari Isnin ni.. hai tensen gue tensen... huhu... tapi takpelah kat dalam blog ni la yang leh citerkan segala-gala masalah yang terbuku di dada...

Pagi ni dah bangun awal bersiap sedia aku nak wat blog ni.. aku pun sebenarnya dah malas nak update hari2.. ganggu time rehat.. hehe.. jangan marah Puan Noorizam, walaupun dalam keterpaksaan saya wat gak ape.. takdelah saya langsung tak watkan.. pape pun.. tugasan tetap tugasan, kalo tak wat alamatnya kene extand lagi nam bulan, tak larat dah ni.. rasa cam nak terus kerja..

Kepada Puan Noorizam yang membaca, doakanlah kejayaan anak2 muridmu ni, walaupun kami nakal tapi kami tetap menghormati puan dan menerima puan seadanya....

Sekian wat masa ni.. jangan lupa bersama saya lagi esok.. sehari bersama Wana....

Thursday, March 20, 2008

Jumaat, 21 Mac 2008

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh...

Sorila weh, semalam aku tak dapat nak tulis akunye blog ni coz semalam tak de internet pula, yo yo ooo jer aku bangun awal2 g internet kat tempat ni.. last - last tak dapat internet, dahlah semalam ada banyak kerja pulak tu nak wat, aduih.. memang tension giler ar wa cakap sama lu... semalam sebenarnya nak cari document production punya maklumat tapi tak dapat pula, so terpaksalah cari alternatif lain ngan cari buku ker or ape-ape yang patut.. last-last kitorang pinjam buku kak senior tu nak wat kerja untuk hari ni.. memang tension giler ar, tadi baru siap assignment tu..

So pe kabar korang hari ni?? kerja banyak ke?? biasalah tu dah amik course ni mesti banyak kerja punya, sabarla menghadapi kerja-kerja tu ek.. janganlah masam2 muka pula, aku memahami apa yang korang rasakan sebenarnya... semalam maybe sebab ada maulidur rasul tu yang internet tutup kot.. tapi Paan, ala korang mesti kenal kan de macho n de hnsome guy, hnsome ke?? sememeh jer.. hehe jangan marah paan kalo ko bace... dia kata ade internet pula petang tu. dalam pkl empat... tapi time tu kitorang dah cari buku dah nak wat.. pastu semalam aku cari hadiah untuk mak aku n someonelah.... paham2 sendiri sudah, macamlah korang takde... huhuhu.. aku belikan kerongsang untuk wan aku da... jangan pk bukan2 pulak (ehem2, pandai cover takpe)

Hari ni pulak kitorang ada kelas usahawan, aku ngan mai dah tau dah nak wat ape, so korang tengokla ape yang kitorang present nanti.. agak-agak korang ape lah ek... ada r mana leh gitau, tak rahsia r macm tu.. huhu.. nanti beli tau, ala murah jer, tak mahal pun, dari korang bazir duit beli topap macam aku ni, baik korang bazir duit beli apa yang aku ngan mai hasilkan nanti.

Aku siap tanye puan tadi apa yang dia suka, dia kata dia suka tuttt... huhuhu, sian korang tak tau apa yang aku nak cakapkan. Pastu puan bagi cadangan lah apa yang dia nak kita watkan.. aku dengar korang ada yang nak wat kek batik, cocktail and cenderamata, nanti bagi aku free satu ek, huhu, takde duitler... dah pokai ni..

So malam ni jangan lupa pulak g forum tau, wajib tu, ikutkan hati aku nak membuta je dalam bilik.. jangan gtau orang lain tau aku malas g... ni rahsia aku ngan korang... e'eh mana jadi rahsia camni, korang dah taupun... kepada Puan Noorizam, ehem2.. senyap2 ye puan.. hehe..

Weh nanti esok aku tulis lagi, rasanya tu jer yang berlaku hari ni, kang penatlak mata korang tu.. k daaaa adios, amore.. auuuuummmmm......

Tuesday, March 18, 2008

Rabu, 19 Mac 2008

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh..

Bertemu lagi kita dalam sagmen sehari bersama wana.. pe kaba korang yang membaca?? ada sehat ka?? waras ke tak waras?? waras2kan lah.. pe ek aku nak citer ari ni.. malam tadi disebabkan assigment terlalu banyak.. aku tido lambatlah juga dalam kul 2 camtu, pastu bangun pagi hujanlah pulak... lagi wat aku ngantuk n nak tido.. rasa macam nak sambung balik tido n taknak pergi kelas jer.. dalam kelas td pun aku tak dapat nak tumpu sangat.. mata aku tengok cik Emey tadipun berbalam n berdouble2...

Ramai gak yang lambat tadi... tapi nasib baiklah aku tak lewat sangat coz ada kebanjiran yang berlaku di saat kami menempuh lurah dendam time nak ke kelas.. (eceh skema la pulak tapi bm pun fail) hehe... banyak sebenarnya aku nak citer ni.. tapi dah nak masuk kelas dulu la pulak..

So chau cincauuuuuuuuuuuuuu
Esok aku tulis lagi ek.. tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu..........

Selasa, 18 Mac 2008



18 Mac 2008.







Semalam aku dah citer kat korang yang kumpulan kitorang wat sketsa....... tapi malangnya dapat nombor 2, aku rasa tak patut sebab yang menang pun just bergantung kat satu-satu watak tu je yang boleh menghidupkan suasana, kalo takde dia, memang kucar-kacirlah kumpulan tu, tapi hari ni kitorang akan wat persembahan lagi, yang boleh menggemparkan seluruh panggung DSU tu... Doa-doakanlah kami semua....... Hari ni kitorang ada kuiz terjemahan, boleh tahanlah, aku tak tau lah bape aku dapat tu, rasa-rasa korang aku leh lulus dengan cemerlang tak sem ni.. harap-harap lulus lah kan..

ok berbalik semula pada perbualan kita tadi, errrr.... bual ker?? hehe, pastu hari ni aku g wat temuramah untuk personaliti kene hantar esok pulak tu, memang gelabah gak lah tadi nak siapkan, tapi akhirnya siap juga, takde masalah.. lepas satu, satu pula datang, kang datang lagi, asyik datang jer, bila nak pergi ni??? Aduhai... n then jap kang kitorang ada kelas internet pula, sampai kul 6.15 petang.. tapi kitorang minta pelepasan awal, hehe, takdelah sebab nak siap lah.. takut kelam kabut cam semalam. tapi Paan jadi prince untuk presentation tu kire oraitla, best juga tengok diorang menari, huhuhu. kalo blog ni leh masuk kan video, aku masukkan video yang kitorang wat persembahan tu, kasi korang tengok, ok ke tak prince n Cinderellanya...
and jangan lupa pula, aku ni yang jadi hulubalang, hulutapwe, hulubekas, hulu selangor dan segala hulu yang melulu yang ada dalam negara ni... hulululuhahaha...

oklah weh, esok aku tulis lagi kisah kami yang seterusnya, bacalah blog aku ni tanpa rasa jemu, kalo jemu pun wat2 tak jemu sudahlahh.....

ok Assalamualaikum, warrahmatullah.. eceh bagi salam pulak, semalam tak bagi pun..

Kini di Politeknik Sultan Idris Shah

Aku rasa korang tau apa yang aku nak citer pasal Politeknik ni kan, biasalah tu kita kan sehati and sejiwa tapi tido tak sebantal ek.. lain jadinya kang...

Memula sebelum aku masuk ke Poly ni aku dapat kolej dulu, tak lama pun, adalah dalam 2 bulan jer, tapi yang bestnya kolej tu banyak yang aku pelajari, pasal ilmu hitam pun ada gak.. kolej tu kat Pulau Indah, lia mesti tau tempat ni, aku masuk dulu kat Inpens International College, aku amik Juruteknik Sistem Komputer, aku belajar camne nak baiki komputer rosak, bape ram dia, mother board, sume tu lah, time tu kira aku ni pro jugaklah camne nak baiki komputer and laptop, tapi skang sume tu dah lupelah.. sorilah ek tak dapek den nak nolong kome ni.. pastu dalam masa yang sama aku mintak lah U and Poly, tapi Poly ni aku dapat pun coz kakak sedare aku yang tolong nak carikan so, kire aku mintak tolong dialah...


Selama aku kat kolej tu aku nak citer sikit pengalaman aku tengok orang kene rasuk.. korang mesti dah biasa tengok yang kene rasuk tu adala dalam sorang 2 orang kan, tapi yang kene kat kolej aku ni, time tu dalam minggu MSK Suai Kenal, daripada seratus orang, nak dekat 60 orang yang kene rasuk, ada yang menjerit-jerit, pempuan biasalah mestilah meracau-racau kan, tapi yang laki tu, mula-mula aku gelak gak.. siap boleh bersilat pula, yang tak tahan ada pulak silat jawa, wat lawak jer lebih, siap ngan dia punya kopiah jawa sekali, wakakaka.. nak terburai isi perut aku.. bila tengok mata sume merah-merah mula la aku pun tak sedap hati, pastu start adegan sedih aku, coz aku mula menangis ketakutan... malunya aku korang tau aku nangis ni, puan Noorizam, diam-diam dah ler bila bace blog saya ni yer...

Sambung citer balik, korang nak tau, kat kolej aku dulu tu ramai gak la yang mengamalkan ilmu-ilmu ni, ada yang leh nampak ni, ada yang leh nampak itu, tapi aku tak pernah nampak lagi la time ni...

Korang nak
dengar citer lawak aku tak sebelum aku dapat poly ni... tak nak dengar ke?? ala dengarla.. dengarla... nak citer ni... aku citer gak ek.. long... long.. long.. time ago.. hehe. ok2 serius, time forum kat kolej tu, aku sakit pewot.. hehehe, jangan bace kalo korang ngah makan, pastu sekali akunya nset jatuh dalam lubang tandas da... terus terbantut.. kalo korang berani tak nak korek dalam lubang tandas tu.. mesti tak berani kan.. aku main seluk jer aku nya tangan kat dalam lubang tandas tu... korang paham2 jerla, bau tak yah nak citer... sekali aku kuar tangan, macam-macam khazanah yang kuar.. huhuhu.. sian tangan aku.. dan dan tu jugak aku gi basuh tangan aku and cuci akunya nset n simkad... sayang oooo dah la nset tu orang bagi.. nset first tu wa cakaplu.. walaupun cikai tapi aku tetap sayang..

Lepas jer forum tu aku terus bawa nset aku gi kedai, dalam 60 ringgit aku k
ene untuk repair nset tu.. bila nak amik tu, tawkey kedai tu tanye aku ini macam : "amoi nset lu ada jatuh dalam itu longkang ka?" aku ngan muka dah merah-merah tahan gelak cakap camni. "ini nset masuk dalam lubang tandaslah apek.." apek tu terkejut dia kata camni pulak : " aiya... kenapa lu tak bagitau awal2, boleh gua taruk clorox kasi bersih ini nset!" memang gelak giler2 r aku ngan member aku, aku citer kat mai, mai pun tak sanggup kalo nset jatuh kat lubang tandas... sekali nset tu kene curi, dah la baru tukar housing, lawa tuuuu.. takpelah, nset jatuh dalam lubang tandas pun ada orang nak kan... hehehe.. kalo orang yang curi tu tau, mesti dia samak habis-habisan nset tu... tulah antara kenangan yang aku tak leh lupa bila aku masuk kolej tu.. eh! aku lupe nak gitau korang, aku dapat kolej tu sebab anjuran zakat, tugas aku kat situ just belajar jer, duit poket n makan sume diorang tanggung..

Pas 2 bulan tu, aku check internet cakap aku dapat poly ni.. memang sedih giler r nak berpisah ngan member-member kat sana, rasa tak nak gi sini jer, tapi memandang kan yang ni diploma n yang aku amik kat kolej tu plak sijil, aku gagah kan diri untuk melangkah pergi dari sisi diorang.. sedih tak yah nak citer la, kalo hingus leh kuar dari hidung aku, memang dah tenggelam dah poly ni agaknya.. uih melebih2 pulak, tapi aku takde gambarlah nak kongsi ngan korang, sori yer...

Mula-mula daftar poly, memang aku tak kenal sorang pun kat sini, yang aku kenal hanyalah member aku nama dia Syazwani binti Mohamad SMD 4 ape aku taktau lak.. dari start sekolah, kolej, n sampailah ke poly ni, aku same ngan dia jer.. aku pun tak tau yang dia dapat poly ni.. memang tak disangka2... ramai gak budak sekolah aku dulu yang dapat poly ni... memang jodoh kitorang agaknya dapat poly yang sama kan...
Mula-mula masuk langkah jer pintu pagar tu memang aku rasa poly ni besar lah jugak, tapi dah lame duduk sini, tengok2 rasanya takdelah besar mana sangat, huhu.. jangan marah... just nak berlaku jujur ngan diri sendiri jer... class first yang kitorang masuk dulu class Office Management, korang ingat tak lagi.. takkan tak ingat kot kite bertentang mata ngan Puan Saabiah dulu, mummy 4C sumer.. pastu baru masuk kelas puan Dewi Maharah, ajar subjek Trengkas.. time tu aku ingatkan trengkas tu singkatan perkataan cam contoh yang jd yg, makan jd mkn, sayang jd syg, dan jd n, camtulah.. sekali tulisan cacing daa......... tak paham aku time tu...

Dalam kelas tu aku duduk sebelah Nicky, takkan tak ingat kot.. mesti ingat p
unya.. segala kenangan manis n pahit yang pernah kita lalui bersama dia dulu.. semoga apa yang dia wat sekarang ni dapat menjamin masa depan yang diimpikan.. orang pertama yang aku kenal Nicky lah, pastu baru Is, pastu baru korang-korang yang lain... memang time dapat poly ni, tak bape suke r pasal jauh, hujung dunia.. dahla dulu aku pakai maxis tapi tak dapat line la pulak, memang mencabar betul, nak mesej pakwe aku pun susah... ops terkantoi pulak, hehe... dan dan terus tukar celcom. ehem promote nombor telefon sikit, 013-2795809, hehe haha huhu, gatal gak aku ni.. jangan gitau orang tu tau.. kang tak pasal-pasal jer kene kang..

Duduk sini memang aku kene biasakan dirila dengan environment kat sini, aku mintak u tak dapat so datanglah sini.. sebenarnya aku sukakan bidang kerja luar yang lebih mencabar dari ni, tapi tak dapat pula, kursus ni pun kakak sedare aku sebenarnya yang letak, kalo tak memang aku tak kan dapatla poly ni sebab bukan aku pun yang aply, kakak sedare aku yang tolong apply kan.. Alhamdulillah dapat pulak kan...

Tekanan
kerja tak yah nak citerlah.. tiap sem aku rasa tekanan dia same jer.. kerja memang banyak, baru siap wat assignment yang ni, assignment yang lain dah menanti, memang kalo jenis orang yang tak kuat semangat takkan dapat teruskan, tu yang ramai berhenti, aku dengar budak sem 1 yang laki si audi tu pun dah berhenti dah, syukurlah kita ni suma jenis orang yang kuat semangat and sanggup bersengkang mata untuk siapkan assignment kita, tepukan pada diri sendiri.. tepuklah depan komputer ni, aku jer yang tengok, bukan ada orang lain pun, watpe nak malu, malu-malu kambing lak korang ni... hehe..

Tapi dalam banyak-banyak tekanan tu ada gak peristiwa yang takkan aku lupakan event sampai ke dalam tanah sekalipun.. iaitu OMBAK!!! hehe korang mesti ingatkan, wat Puan N
oorizam and kakak serta abang senior, kalo nak tau tanya dak2 dsk 4C, mesti gelak mengekek2 pastu, latihan kawad kaki tu adalah yang terbaik pernah aku wat, selama ni aku mane reti berkawad, reti mengorat adalah, dulu kalo time sekolah pun aku tak bape aktif dalam kawad kaki ni, orang suruh pusing belakang, aku tak pusing2 pun.. hehe...

Dalam kelas tu aku memang suka bercakap lah, tapi sekarang memang aku kuat giler melatah, maybe sebab time aku sekolah dulu aku selalu kaco orang melatah kot, tah la aku pn tak tau sangat sebenarnya.. sapa yang kaco aku, aku gitau kat wan aku, siapla korang.. hahaha...

Lepas dah lalui sume tu kat sem 2, dapatlah aku meneruskan pengajian aku kat luar pulak iaitu time LI, aku rasa sem 3 tu yang paling syok sekali!!! aku pun tau korang sume rasa camtu, terasa bebas sikitla dari kongkongan assignment and dapat g merayau2 kat luar tu, aku wat LI kat Hotel Singgahsana PJ. Dekat ngan umah mak aku kat sana, pegawai-pegawai kat ofis aku tu sumernya baik-baik n best-best, selalu gakla ajak aku kuar makan n sampai yang ada nak ajak aku tengok wayang lagi, yang tu aku tak bape layan sangat, takutla nak tengok wayang berdua, kalo ramai takpe gak... Memang banyak benda yang aku belajar kat Hotel tu, aku belajar care nak amik tempahan bilik, care nak wat minit mesyuarat, care nak wat tempahan berbuka puasa time orang puase.. memang banyak bendalah yang aku belajar...

Aku mula2 masuk bahagian Human Resource, aku rapat gak lah ngan Puan Suriah tu, dialah yang ajar aku mana aku tak tau, tapi bila time tak banyak kerja, leh pula dia kasi aku majalah ajak aku bace ngan dia dalam ofis tu, memang sempoi habislah, tapi bila big boss masuk, sumer jadi kelam kabutlah.. hehe.. En. Rosli Head Department kat bahagian Human Resource tu pun rapat gaklah ngan aku, best dapat berhubung ngan diorang, hari tu aku ada gi Hotel tu balik sebab nak amik surat-surat yang aku lupa nak amik tu, diorang siap rindu-rindu aku lagi.. hehe jangan jeles... aku tau ada antara korang lebih rapat lagi ngan bos masing-masing kan, tapi aku tak rapat sangat ngan big bos kat situ iaitu Tuan Haji Rohizan Zainal, aku just rapat ngan HOD kat situ jer... yang bestnya tiap kali masuk kitchen mesti makanan benda pertama yang aku capai hehe... kekadang ada kerja yang bukan kene mengena ngan secretary pun aku wat gak cam purchasing, tapi dia ajarlah aku camne aku nak wat bende alah tu sume...

Aku pun pernah g wat catering kat luar, lepas aku dah pindah department ke Sales & Marketing Department kat luar, memang best la sebab dapat tau apa yang diorang wat kat luar sane, and dapat berkenalan ngan ramai pihak kat luar tu....

Memang banyak kenangan yang terindah kat Poly ni macam aku pernah masuk persembahan untuk malam dinner kitorang, yang lagu Ang Geling tu.. takkan lupa kot.. hehe.. janganla wat2 lupa pulak, tu antara kenangan terindah kita bersama.. kalo nak citer memang banyak sangat, kang juling sampai terkuar2 biji mata korang kan.. susahlak aku nanti.. apa2 pun korang memang best especially kepada bebudak DSK 4C, kenangan terindah antara kita akan ku pahatkan dalam hati sampai bila2, dah graduate nanti jangan lupakan aku pulak.. sayang korang sumer, wat pensyarah2 yang sentiasa tabah menghadapi kerenah anak2 muridmu, saya mewakili DSK 4C dan sumer pelajar Jabatan Perdagangan, ingin meminta maaf atas keterlanjuran kata dan kelakuan sama ada secara sengaja atau tak sengaja.. semoga Puan mendoakan kejayaan anak2 muridmu.. sekian.. huhu.. touching la pulak!!!

tulah serba sedikit mengenai poly ni.. ada masa aku citer lagi ek.. nak kejar mase ni.. k daa...

Zaman remajaku di alam persekolahan menengah

Time belajar dekat sekolah menengah ni yang paling aku suka, mane taknya, time nilah aku belajar camne nak menggatal, hehe… yerla aku dulu sekolah rendah asyik sakit jer, tapi bila naik sekolah menengah ok pula, dah tak kuat sangatlah penyakit aku tu.

Aku mula masuk sekolah menengah tahun 2001, kat Sekolah Menengah Kebangsaan
Ampang Pecah. Akulah antara pelajar perintis sekolah tu pasal sekolah tu baru buka, cikgu-cikgu pun tak ramai lagi, sekolah aku tu berdepan dengan Darul Quran and Kem Bina Semangat, PKN pun ada gak kat situ. Kalo korang lalu sekolah aku tu mesti korang kata sekolah aku tu macam kolej, sekolah tu bersambung-sambung cam asrama kita ni, tapi lagi besar la. Tapi yang tak syoknya takde padang, kalo nak padang kene kongsi dengan budak sekolah rendah punya padang, coz padang diorang besar sikit… ih ih ih… daifnya sekolah aku tu kan padang pun takde… wah wah kutuk sekolah sendiri pulak tu.

Nak citer ke cinta pertama aku.. ha dah mula mukadimah dah ni.. huhuhu… aku sebenarnya takde cinte monyet pn kat sekolah dulu, tengok monyet2 jer yang bercinta, time tu belum naik tanduk lagi, aku masih di dunia kebudak-budakan belum keremajaan… aku mula menggatal bila naik form 3, time tu dah pandai nak minat orang ni, minat orang tu, first sekali yang aku minat nama dia Saiful Azwan, nak kate hensem tak juga, hidungnya kembang juga, wah wah kutuk orang nombor satu, cam la kita ni lawa, badan kering cam ikan kering tak sedar tu, ih ih ih..

Ok kita te
ruskan citer, minat punya minat punya minat, last – last dia minat kat member aku da… huhuhu… sodih hati den time tu.. pastu tak sampai sebulan jer makan hati, Nampak pula mamat hensem lain mula minat balik, tak serik lagi ni, hehe.. tapi kali ni yang aku minat budak Cina laki, muka dia bila korang tengok dari dekat cam hero citer korea ‘Winter Sonata’ tu yang namanya Jun Sang, fuh tangkap leleh gua tengok dia, sampai kalo dia lalu bangunan, leh tembus bangunan tu bila gua pandang dia, gambar dia ada gua taruk sekali, lu orang tengok la ek yang mana satu, kalo rasa-rasa tak hensem bukanlah tu, salah gambar la tu… huhuhu..

Yang Jun Sang ni nama sebenar dia Wong Weng Hong, adik dia pula ada yang sebaya ngan kitorang pun hensem gak, lepas dia dah tamat sekolah, aku usha pula adik dia ni.. hehe.. lagipun adik dia ni rapat sikit ngan geng-geng aku zaman sekolah dulu.. tapi sekolah dulu aku just meminati tak sampai tahap nak kapel pun.. biasalah korang tau kan budak – budak zaman sekarang camne.. kes-kes tangkap khalwat pun pernah terjadi kat sekolah aku dulu, yang sampai pregnant pun ada.. Oleh kerana aku ni seorang pengawas yang berhati mulia dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya dengan rela hati, maka tertangkaplah mereka-mereka yang membuat onar di dalam semak samun di tepi-tepi sekolah ni… paham2 jerla maksud aku.. korang kan lebih expert dari aku…

Aku dulu amik jurusan Sains Tulen kat sekolah, sekali bila SPM kuar gagal semua da
……. Tak tau lah apa yang aku wat sampai keputusan aku jadi teruk, tapi takpelah, koman-koman pun aku belajar dari kesilapan yang lalu.. nasihat aku pada korang, belajarlah rajin-rajin, jangan dok berkhayal dalam bilik jer, dulu aku pernah jadi penasihat tak bertauliah, walaupun aku cam ketam ajar anak berjalan, tapi koman-koman pun aku ajar gak ape…..
Bila kat sekolah menengah aku mula jadi aktif balik, maklumlah penyakit dah takde kan, so leh lah berlari sane, berlari sini, lompat sane, lompat sini, so aku banyak gak la masuk olahraga sampai peringkat daerah, memanah sampai peringkat sekolah jer, tu pun dalam sekolah sendiri… almaklumlah orang suruh memanah papan tu aku memanah sasarannya ke badan kawan aku, nasib baik tak cedera parah, huhuhu…

Tapi memang best giler la zaman sekolah menengah coz jadi popular jap bila dapat jadi DJ radio cam radio era tu… sape-sape yang nak bagi ucapan untuk boyfren or girlfren diorang kat sekolah pun boleh, aku akan tolong bacekan, and aku akan putarkan lagu pilihan untuk diorang yang bagi ucapan tu… dalam kelas aku ramai budak Cina dari bebudak yang Melayu, memang kelas aku ramai yang pepandai lah, geng-geng aku yang lain semuanya masuk kelas akaun, aku jer sorang yang terkial-kial kat kelas Sains tu, sekali dapat masuk Poly ni lain lak yang aku ambil, memang jauh menyimpang la.. aku sukakan bidang kerja luar sebenarnya… huhuhu…

Time sekolah dulu mesti korang dah biasakan masuk hutan itu, hutan ini, so aku pun dah biasa gak la masuk hutan panjat gunung masuk parit, kene gigit pacat sume tu.. sebab tu bila g Gunung Ledang hari tu rasa cam nak buat lagi, almaklumlah…dah suka wat aktiviti lasak macam tu…

Citer pasal masuk hutan, time tu aku masuk kem untuk pengawas, dalam hutan tu ada pula lesut, sekali kaki aku termasuk dalam lesut pulak dah……. Takleh nak kuar ni… nasib baiklah ada orang tolong aku, kalo tak dah tenggelam dah aku dalam lesut tu, tak payah nak citerla, takut punya pasal sampai pucat muka aku, darah pun tak berani naik atas kepala…huhu… kat sekolah dulu pun aku memang kaki lawak, macam korang tengok aku skang ni, cam tu jugalah aku kat sekolah dulu… sampaikan cikgu-cikgu pengawas pun geleng kepala tengok perangai aku, ada ke seorang pengawas perangai cam aku ni, agak-agak korang sapala yang lantik aku ni kan…hehe adalah…. Mana leh gitau.. aku citer pepanjang pun bukannya korang kenal… tapi dulu akunye emosi stabil lagi, tapi skang payahla, yang paling memahami aku sekarang ni room mate aku jer, Mai, coz dia tempat aku meluahkan segala amarah yang terpahat di dada, aku rasa yang lain takkan tahan perangai aku yang satu ni, kalo Cik Emey pun mesti takleh tahan punya, tapi Mai sorang jer leh tahan. Syabas Mai, tahniah aku ucapkan.. aku up gaji ko nanti.. huhu.

Time sekolah dulu member selalu ejek aku buaya, coz mulut aku besar cam buaye,
and then mulalah aku wat perangai ejek balik diorangla, segala nama orang ada gelaran masing-masing.. lepas diorang dah bosan dengan perkataan buaya tu diorang leh pula tukar gelaran aku, iaitu MB aku mula-mula ingatkan menteri berhormat ke, apa ke, yang bebaik lah, sekali rupa-rupanya MB tu singkatan untuk MULUT BESAR daa… hehe… tapi aku kan jenis tak kisah so, aku wat bodo jerlah.. huhu.. cian aku..

Ape lagi yang korang nak tau pasal zaman sekolah menengah aku, aku rasa cukup takat ni dulu, kang berpino-pino pulak mata masing-masing tengok perkataan yang berjela-jela ni, tak larat pula nak bace kang, juling pulak mate tu, sapa yang susah nanti, aku juga…
Ada lagi ni.. rileks r, takkan nak chow dah.. penat aku tulis korang tak nak pun bace ek sampai hati.. bila dah abis sekolah menengah tu aku kerja part time kat kilang beger Azmy, korang jangan beli tau beger tu coz time aku keje kat situ, daging yang belum proses tu dah jatuh dah, pastu diorang leh kaut balik masuk kan dalam tempat pemprosesan tu, dah la kekadang tu tak pakai sarung tangan, so aku nasihat kan janganlah beli beger Azmy tu, kalo beger Ramly ok lagi.. ingat nasihat aku tu..
And time pas SPM ni jugaklah aku kenal orang yang aku sayang tu.. hehe.. nanti aku masukkan lah gambar dia.. nak ke?? takyahla... huhu..
Sian korang kan…. K ek, nanti korang bacelah pulak akunye zaman sekarang iaitu kat PSIS, harap korang tak bosan ngan karangan aku ni nanti..