Masa aku nak lahir tu, mak aku kata dia tak leh lahirkan aku secara normal, so terpaksalah buat operation coz kedudukan aku songsang dalam rahim tu. Lama jugalah nak buat operation tu coz aku liat sangat nak keluar dari perut mak aku. Doktor tu tarik tangan aku, aku masuk balik tangan aku dalam rahim, doktor tu dapat badan aku, aku tak nak juga keluar. Dah lama tu akhirnya pada jam 10.58 pagi, aku selamat dilahirkan dengan berat badan 1.5kg... Keciknya aku ni, hehe, bila dah besar jadi panjang lah pula jadinya.
Ops.. lupa pulak, aku lahir pada tarikh 2 Julai 1988 bersamaan Zulhijjah 1409 H. Mak aku
kata, aku macam botol kicap je, nak balut aku pun kene berlapis-lapis kain batik. Nama aku mula-mula family aku nak letak Noor Syazwana tapi tak jadi, sebab waktu aku lahir tu, mak aku kata aku macam anak orang Negro coz mata aku besar macam nak terkeluar, so letak Syazwana jer.. Lepas mak aku habis pantang, time tu aku dalam umur 2 bulan, aku diserahkan dibawah penjagaan nenek aku yang aku panggil dengan panggilan wan sebab mak and abah aku kerja, takde sape nak jaga aku.

Banyak giler yang aku wat dulu, aku leh pulak main pusing-pusing kat kawasan rumah bila aku dah pandai berlari and berjalan, jenuh jugaklah orang tua tu kejar aku, tapi tak dapat coz cepat sangat kot aku lari, mesti comel kan aku kecik-kecik dulu berlari-lari anak sambil wan aku main kejar-kejar ngan aku..
Dulu wan aku kata, time aku kecik aku paling takut dengan orang yang ada janggut panjang,
and Pak Long aku pula ada janggut panjang lak tu, memang bila nampak ada janggut panjang jer mesti aku lari tak cukup tanah cari wan aku, n sembunyi bawah kain batik dia yang dia pakai tu, pastu mulalah aku menangis tak henti-henti sampailah Pak Long aku balik baru aku dah tak nangis dah.. bila dah besar ni takdelah aku takut ngan Pak Long aku lagi.. cuma bila dia citer pasal aku time kecik-kecik aku just senyum jerla.. dah tau sangat apa yang jadi kan.. hehe
Time aku dah besar sikit dalam umur 3 hingga 4 tahun, perangai lain pula yang aku wat, dulu arwah acu aku ada bilik, memang tak pernah masuk la bilik dia, sekali hari tu bilik dia terdedah, apa lagi, aku ngan muka tak tau malunya, aku pun masuklah dalam bilik tu, puas wan aku cari, rupa-rupanya aku kat dalam almari acu aku da.. aku pakai baju acu aku tu.. tak taulah camne aku leh pakai kan, yang pasti tu lah yang wan aku citer kat aku apa yang aku wat time aku kecik...

Aku rasa... zaman kanak-kanak and baby ni lah yang paling ceria.. leh wat macam-macam and leh wat orang lain ketawa bila tengok kiter.. tapi bila dah besar kita lak yang ketawa bila tengok bebudak kecik.. semoga hari-hari yang mendatang lebih memberikan seribu satu kebahagiaan pada diri dan masyarakat setempat.. ecececeh jadi penceramah bertauliah pulak yer...
Semoga korang enjoy bila baca zaman kanak-kanak aku tu...
Nanti aku lak yang nak bace zaman korang baby2.. sapelah baby yang leh menandingi kecomelan aku tu.. huhuhu....
1 comments:
erm...hi~
accidentally drop into ur blog...
anyway, nice 2 meet u~
u cn oso view my blog at>>
http://fancy-rainbow.blogspot.com
Post a Comment