CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

SPARKLING ME

SPARKLING ME

ZAMAN SUKA DUKA KITA BERSAMA....

Aku harap korang enjoy.. and thanks coz melayari my blog, if u wanna give any comment please do so in ruangan komen.. hohoho.. pandai betul BI aku ni.. padanlah terjemahan tak lepas2 huhu..

Terima kasih di atas sokongan and dorongan dan penambahbaikan idea yang diberikan.. Kerjasama anda amatlah saya hargai.. (apa-apa yang eden ada masalah tolonglah bantu ek)..

Anyway thanks sebab masih sudi nak baca blog ni.. khas untuk korang sumer... Especially for Puan Noorizam Azira...

Tuesday, March 18, 2008

Zaman remajaku di alam persekolahan menengah

Time belajar dekat sekolah menengah ni yang paling aku suka, mane taknya, time nilah aku belajar camne nak menggatal, hehe… yerla aku dulu sekolah rendah asyik sakit jer, tapi bila naik sekolah menengah ok pula, dah tak kuat sangatlah penyakit aku tu.

Aku mula masuk sekolah menengah tahun 2001, kat Sekolah Menengah Kebangsaan
Ampang Pecah. Akulah antara pelajar perintis sekolah tu pasal sekolah tu baru buka, cikgu-cikgu pun tak ramai lagi, sekolah aku tu berdepan dengan Darul Quran and Kem Bina Semangat, PKN pun ada gak kat situ. Kalo korang lalu sekolah aku tu mesti korang kata sekolah aku tu macam kolej, sekolah tu bersambung-sambung cam asrama kita ni, tapi lagi besar la. Tapi yang tak syoknya takde padang, kalo nak padang kene kongsi dengan budak sekolah rendah punya padang, coz padang diorang besar sikit… ih ih ih… daifnya sekolah aku tu kan padang pun takde… wah wah kutuk sekolah sendiri pulak tu.

Nak citer ke cinta pertama aku.. ha dah mula mukadimah dah ni.. huhuhu… aku sebenarnya takde cinte monyet pn kat sekolah dulu, tengok monyet2 jer yang bercinta, time tu belum naik tanduk lagi, aku masih di dunia kebudak-budakan belum keremajaan… aku mula menggatal bila naik form 3, time tu dah pandai nak minat orang ni, minat orang tu, first sekali yang aku minat nama dia Saiful Azwan, nak kate hensem tak juga, hidungnya kembang juga, wah wah kutuk orang nombor satu, cam la kita ni lawa, badan kering cam ikan kering tak sedar tu, ih ih ih..

Ok kita te
ruskan citer, minat punya minat punya minat, last – last dia minat kat member aku da… huhuhu… sodih hati den time tu.. pastu tak sampai sebulan jer makan hati, Nampak pula mamat hensem lain mula minat balik, tak serik lagi ni, hehe.. tapi kali ni yang aku minat budak Cina laki, muka dia bila korang tengok dari dekat cam hero citer korea ‘Winter Sonata’ tu yang namanya Jun Sang, fuh tangkap leleh gua tengok dia, sampai kalo dia lalu bangunan, leh tembus bangunan tu bila gua pandang dia, gambar dia ada gua taruk sekali, lu orang tengok la ek yang mana satu, kalo rasa-rasa tak hensem bukanlah tu, salah gambar la tu… huhuhu..

Yang Jun Sang ni nama sebenar dia Wong Weng Hong, adik dia pula ada yang sebaya ngan kitorang pun hensem gak, lepas dia dah tamat sekolah, aku usha pula adik dia ni.. hehe.. lagipun adik dia ni rapat sikit ngan geng-geng aku zaman sekolah dulu.. tapi sekolah dulu aku just meminati tak sampai tahap nak kapel pun.. biasalah korang tau kan budak – budak zaman sekarang camne.. kes-kes tangkap khalwat pun pernah terjadi kat sekolah aku dulu, yang sampai pregnant pun ada.. Oleh kerana aku ni seorang pengawas yang berhati mulia dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya dengan rela hati, maka tertangkaplah mereka-mereka yang membuat onar di dalam semak samun di tepi-tepi sekolah ni… paham2 jerla maksud aku.. korang kan lebih expert dari aku…

Aku dulu amik jurusan Sains Tulen kat sekolah, sekali bila SPM kuar gagal semua da
……. Tak tau lah apa yang aku wat sampai keputusan aku jadi teruk, tapi takpelah, koman-koman pun aku belajar dari kesilapan yang lalu.. nasihat aku pada korang, belajarlah rajin-rajin, jangan dok berkhayal dalam bilik jer, dulu aku pernah jadi penasihat tak bertauliah, walaupun aku cam ketam ajar anak berjalan, tapi koman-koman pun aku ajar gak ape…..
Bila kat sekolah menengah aku mula jadi aktif balik, maklumlah penyakit dah takde kan, so leh lah berlari sane, berlari sini, lompat sane, lompat sini, so aku banyak gak la masuk olahraga sampai peringkat daerah, memanah sampai peringkat sekolah jer, tu pun dalam sekolah sendiri… almaklumlah orang suruh memanah papan tu aku memanah sasarannya ke badan kawan aku, nasib baik tak cedera parah, huhuhu…

Tapi memang best giler la zaman sekolah menengah coz jadi popular jap bila dapat jadi DJ radio cam radio era tu… sape-sape yang nak bagi ucapan untuk boyfren or girlfren diorang kat sekolah pun boleh, aku akan tolong bacekan, and aku akan putarkan lagu pilihan untuk diorang yang bagi ucapan tu… dalam kelas aku ramai budak Cina dari bebudak yang Melayu, memang kelas aku ramai yang pepandai lah, geng-geng aku yang lain semuanya masuk kelas akaun, aku jer sorang yang terkial-kial kat kelas Sains tu, sekali dapat masuk Poly ni lain lak yang aku ambil, memang jauh menyimpang la.. aku sukakan bidang kerja luar sebenarnya… huhuhu…

Time sekolah dulu mesti korang dah biasakan masuk hutan itu, hutan ini, so aku pun dah biasa gak la masuk hutan panjat gunung masuk parit, kene gigit pacat sume tu.. sebab tu bila g Gunung Ledang hari tu rasa cam nak buat lagi, almaklumlah…dah suka wat aktiviti lasak macam tu…

Citer pasal masuk hutan, time tu aku masuk kem untuk pengawas, dalam hutan tu ada pula lesut, sekali kaki aku termasuk dalam lesut pulak dah……. Takleh nak kuar ni… nasib baiklah ada orang tolong aku, kalo tak dah tenggelam dah aku dalam lesut tu, tak payah nak citerla, takut punya pasal sampai pucat muka aku, darah pun tak berani naik atas kepala…huhu… kat sekolah dulu pun aku memang kaki lawak, macam korang tengok aku skang ni, cam tu jugalah aku kat sekolah dulu… sampaikan cikgu-cikgu pengawas pun geleng kepala tengok perangai aku, ada ke seorang pengawas perangai cam aku ni, agak-agak korang sapala yang lantik aku ni kan…hehe adalah…. Mana leh gitau.. aku citer pepanjang pun bukannya korang kenal… tapi dulu akunye emosi stabil lagi, tapi skang payahla, yang paling memahami aku sekarang ni room mate aku jer, Mai, coz dia tempat aku meluahkan segala amarah yang terpahat di dada, aku rasa yang lain takkan tahan perangai aku yang satu ni, kalo Cik Emey pun mesti takleh tahan punya, tapi Mai sorang jer leh tahan. Syabas Mai, tahniah aku ucapkan.. aku up gaji ko nanti.. huhu.

Time sekolah dulu member selalu ejek aku buaya, coz mulut aku besar cam buaye,
and then mulalah aku wat perangai ejek balik diorangla, segala nama orang ada gelaran masing-masing.. lepas diorang dah bosan dengan perkataan buaya tu diorang leh pula tukar gelaran aku, iaitu MB aku mula-mula ingatkan menteri berhormat ke, apa ke, yang bebaik lah, sekali rupa-rupanya MB tu singkatan untuk MULUT BESAR daa… hehe… tapi aku kan jenis tak kisah so, aku wat bodo jerlah.. huhu.. cian aku..

Ape lagi yang korang nak tau pasal zaman sekolah menengah aku, aku rasa cukup takat ni dulu, kang berpino-pino pulak mata masing-masing tengok perkataan yang berjela-jela ni, tak larat pula nak bace kang, juling pulak mate tu, sapa yang susah nanti, aku juga…
Ada lagi ni.. rileks r, takkan nak chow dah.. penat aku tulis korang tak nak pun bace ek sampai hati.. bila dah abis sekolah menengah tu aku kerja part time kat kilang beger Azmy, korang jangan beli tau beger tu coz time aku keje kat situ, daging yang belum proses tu dah jatuh dah, pastu diorang leh kaut balik masuk kan dalam tempat pemprosesan tu, dah la kekadang tu tak pakai sarung tangan, so aku nasihat kan janganlah beli beger Azmy tu, kalo beger Ramly ok lagi.. ingat nasihat aku tu..
And time pas SPM ni jugaklah aku kenal orang yang aku sayang tu.. hehe.. nanti aku masukkan lah gambar dia.. nak ke?? takyahla... huhu..
Sian korang kan…. K ek, nanti korang bacelah pulak akunye zaman sekarang iaitu kat PSIS, harap korang tak bosan ngan karangan aku ni nanti..

0 comments: