CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

SPARKLING ME

SPARKLING ME

ZAMAN SUKA DUKA KITA BERSAMA....

Aku harap korang enjoy.. and thanks coz melayari my blog, if u wanna give any comment please do so in ruangan komen.. hohoho.. pandai betul BI aku ni.. padanlah terjemahan tak lepas2 huhu..

Terima kasih di atas sokongan and dorongan dan penambahbaikan idea yang diberikan.. Kerjasama anda amatlah saya hargai.. (apa-apa yang eden ada masalah tolonglah bantu ek)..

Anyway thanks sebab masih sudi nak baca blog ni.. khas untuk korang sumer... Especially for Puan Noorizam Azira...

Tuesday, March 18, 2008

Zaman kanak-kanakku di alam persekolahan rendah

K skang citer zaman persekolahan di sekolah rendah pula… aku mula masuk darjah satu tahun 1995, sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Rasa. Time tu aku aktif sikit dalam bersukan, selalu jadi johan bila lumba lari, sebab tulah badan aku kurus, coz dapat melayang-layang tiap kali angin bertiup, heheheh..

And then dulu aku suka betul masuk pertandingan syarahan ke time sekolah, nasyid sume tu, bila dah dapat hadiah rasa cam nak masuk lagi lah…
Tapi bila dah besar sikit aku dah dapat penyakit asma.. camne aku dapat penyakit tu ek.. korang nak tau gak ke.. korang ni.. sumenye nak tau.. susah betul jadi orang popular ni.. huhu.. biarlah aku perasankan diri aku sekejap.. tak salah kan.. hehe

Aku dapat asma ni pun sebab aku suka main kucing sampaikan bulu2 kucing tu terlekat kat baju aku, aku balik sekolah aku main kucing, bangun tido main kucing, semua yang aku wat ada kene mengena dengan kucinglah gayanya, n then lepas tu aku batuk-batuk, saat tulah aku dapat asma, g klinik doktor kata aku dapat asma sebab aku main kucing tulah, semakin hari asma aku semakin teruk. Selalu gak lah aku masuk wad sebab aku asma. Lepas tu aku tak dapat lah nak masuk mana-mana pertandingan yang aku suka tu, aktiviti bersukan pun mak aku tak bagi.

Ada sekali dulu kan, sebab mak aku riso sangat aku dapat asma, mak aku suruh aku
makan hati unta untuk elokkan asma aku tu, memang tak sedap korang janganlah makan, nak muntah aku bila ingat balik. Mula-mula mak aku just goreng jer hati unta tu, tapi aku ni kan degil so aku taknak lah juga makan walaupun dah digoreng, pastu mak aku ni jenis yang tak suka membazir, so dia pun letakkan hati unta tu dalam minuman aku, dah lah air teh susu, geli betul, baru seteguk dah nak demam dah aku rasa. Pastu bukan setakat hati unta, dengan teh susu sekali aku tak suka minum, geli punya pasal. Tapi skang korang bagi aku apa pun aku bedal jer, perut dah membesar, selera pun dah tinggilah… hehe

Sejak sakit tu aku dah jaranglah nak gi sekolah, boleh dikatakan dari aku darjah 2 start aku sakit sampai aku darjah 6, boleh kira dengan jari berapa hari aku sekolah, sampaikan guru besar pun datang rumah risokan aku, punya teruk aku sakit time tu. Tapi skang Alhamdulillah aku dah ok dah… so korang tak yahla riso, aku tau korang risokan aku ni.. hehe.. kekadang dengan penyakit ni pun aku wat alasan tak nak g sekolah, malas punya pasal. Aku pun tak taulah macam mane aku punya pembelajaran semua tu, memang tak teruruslah, masuk darjah enam nak UPSR pun camtu jugak, memang pemalas betul aku time tu. Tapi dalam tak belajar tu, korang bayangkanlah aku tak baca ape, tak study apa aku lulus gak, dapat gak 2A, dari tak dapat langsung, guru besar aku kata, kalo aku sekolah mesti keputusan aku lagi elok dari tu.

Ops aku terlupa satu bendalah nak citer kat korang, dulu time aku sekolah rendah ni... jiran sebelah rumah tu ada cucu laki.. dulu time kecik yang selalu main masak-masak and kawin-kawin tu aku ngan dialah tapi dah besar cam sekolah rendah ni jaranglah nak main... kekadang jer.. seganla.. tapi aku suka usik-usik dia.. Nama dia Mohd Azim, aku panggil Ajim jer.. ade ke time dalam darjah dua dia ajak aku masak telur guna pasir.. tapi time tu ngah bebudak lagi kan mana tau apa2, so ikut jerla.. last2 takde sapa pun yang makan telur tu.. dia pun tak makan.. aku lagila tak makan.. hehe.. banyak benda yang aku wat time sekolah menengah la.. sekolah rendah ni takde ape pun coz aku kan selalu tak sihat and selalu dok jer kat umah....

Itulah serba sedikit, sedikit ke, banyak gak la tu ye tak, tulah serba sebanyak tentang aku yang aku nak kongsi cerita dengan korang sume, dipendekkan cerita, selama aku kat sekolah rendah tak banyaklah apa yang aku wat kat sekolah, sebab duduk kat umah jer, sampai wan aku pun naik muak tengok muka aku kat umah tu.

0 comments: