CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

SPARKLING ME

SPARKLING ME

ZAMAN SUKA DUKA KITA BERSAMA....

Aku harap korang enjoy.. and thanks coz melayari my blog, if u wanna give any comment please do so in ruangan komen.. hohoho.. pandai betul BI aku ni.. padanlah terjemahan tak lepas2 huhu..

Terima kasih di atas sokongan and dorongan dan penambahbaikan idea yang diberikan.. Kerjasama anda amatlah saya hargai.. (apa-apa yang eden ada masalah tolonglah bantu ek)..

Anyway thanks sebab masih sudi nak baca blog ni.. khas untuk korang sumer... Especially for Puan Noorizam Azira...

Monday, March 17, 2008

Zaman bayi yang ceria dan comel..(err comel ker??)

Masa aku nak lahir tu, mak aku kata dia tak leh lahirkan aku secara normal, so terpaksalah buat operation coz kedudukan aku songsang dalam rahim tu. Lama jugalah nak buat operation tu coz aku liat sangat nak keluar dari perut mak aku. Doktor tu tarik tangan aku, aku masuk balik tangan aku dalam rahim, doktor tu dapat badan aku, aku tak nak juga keluar. Dah lama tu akhirnya pada jam 10.58 pagi, aku selamat dilahirkan dengan berat badan 1.5kg... Keciknya aku ni, hehe, bila dah besar jadi panjang lah pula jadinya.

Ops.. lupa pulak, aku lahir pada tarikh 2 Julai 1988 bersamaan Zulhijjah 1409 H. Mak aku kata, aku macam botol kicap je, nak balut aku pun kene berlapis-lapis kain batik. Nama aku mula-mula family aku nak letak Noor Syazwana tapi tak jadi, sebab waktu aku lahir tu, mak aku kata aku macam anak orang Negro coz mata aku besar macam nak terkeluar, so letak Syazwana jer.. Lepas mak aku habis pantang, time tu aku dalam umur 2 bulan, aku diserahkan dibawah penjagaan nenek aku yang aku panggil dengan panggilan wan sebab mak and abah aku kerja, takde sape nak jaga aku.
Wan aku kata, aku degil susah nak dengar cakap sampaikan nak minum susu pun wan aku terpaksa buka mulut aku dulu baru masukkan puting susu botol tu. Then aku ni kuat nangis, sampai mata terbeliak-beliak bila nangis and then susah nak berhenti macam cerita Ahmad Albab tu, tapi yang tu lagi teruk, koman-koman pun aku senang sikitlah nak berhenti menangis.. Wan aku jaga aku sampailah aku besar....


Dulu time aku kecik wan aku kata aku suka wat perangai, ada sekali tu aku dah pandai merangkak, aku gi bawah meja yang ada ubat nyamuk yang berlingkar tu aku leh tido kat situ.. aku dengar wan aku citer terbahak2 aku gelak, wan aku punyalah cari aku merata-rata tempat sekali aku tido kat bawah meja... ubat nyamuk tu pulak dah bakar sikit akunya kening, nasib baik wan aku sempat selamatkan aku, kalo tak memang kening aku dah tinggal sebelah jerla, hehe, tak handsome la aku pasni kalo kening tinggal sebelah jer..

Banyak giler yang aku wat dulu, aku leh pulak main pusing-pusing kat kawasan rumah bila aku dah pandai berlari and berjalan, jenuh jugaklah orang tua tu kejar aku, tapi tak dapat coz cepat sangat kot aku lari, mesti comel kan aku kecik-kecik dulu berlari-lari anak sambil wan aku main kejar-kejar ngan aku..
Dulu wan aku kata, time aku kecik aku paling takut dengan orang yang ada janggut panjang, and Pak Long aku pula ada janggut panjang lak tu, memang bila nampak ada janggut panjang jer mesti aku lari tak cukup tanah cari wan aku, n sembunyi bawah kain batik dia yang dia pakai tu, pastu mulalah aku menangis tak henti-henti sampailah Pak Long aku balik baru aku dah tak nangis dah.. bila dah besar ni takdelah aku takut ngan Pak Long aku lagi.. cuma bila dia citer pasal aku time kecik-kecik aku just senyum jerla.. dah tau sangat apa yang jadi kan.. hehe


Time aku dah besar sikit dalam umur 3 hingga 4 tahun, perangai lain pula yang aku wat, dulu arwah acu aku ada bilik, memang tak pernah masuk la bilik dia, sekali hari tu bilik dia terdedah, apa lagi, aku ngan muka tak tau malunya, aku pun masuklah dalam bilik tu, puas wan aku cari, rupa-rupanya aku kat dalam almari acu aku da.. aku pakai baju acu aku tu.. tak taulah camne aku leh pakai kan, yang pasti tu lah yang wan aku citer kat aku apa yang aku wat time aku kecik...
Bila time sekolah tadika, umur dalam 5 tahun, aku ikut pakcik sedara aku masuk hutan, belakang umah aku tu ada hutanlah jugak.. banyak pokok getah.. aku pun ikut pakcik aku masuk hutan, bila balik tu aku bawaklah buah rambai kan.. pakcik aku pulak dah balik terus umah dia, time aku gi tu aku lupa nak gitau wan aku, aku g mana... dan dan tu pas balik aku kene sesahla kat belakang ngan rotan kayu tu.. meraung gaklah aku.. tapi memang salah aku pun... biasalah time bebudak mane tahu apa-apa kan...
Aku rasa... zaman kanak-kanak and baby ni lah yang paling ceria.. leh wat macam-macam and leh wat orang lain ketawa bila tengok kiter.. tapi bila dah besar kita lak yang ketawa bila tengok bebudak kecik.. semoga hari-hari yang mendatang lebih memberikan seribu satu kebahagiaan pada diri dan masyarakat setempat.. ecececeh jadi penceramah bertauliah pulak yer...
Semoga korang enjoy bila baca zaman kanak-kanak aku tu...
Nanti aku lak yang nak bace zaman korang baby2.. sapelah baby yang leh menandingi kecomelan aku tu.. huhuhu....















1 comments:

v-nie said...

erm...hi~
accidentally drop into ur blog...
anyway, nice 2 meet u~
u cn oso view my blog at>>
http://fancy-rainbow.blogspot.com