CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

SPARKLING ME

SPARKLING ME

ZAMAN SUKA DUKA KITA BERSAMA....

Aku harap korang enjoy.. and thanks coz melayari my blog, if u wanna give any comment please do so in ruangan komen.. hohoho.. pandai betul BI aku ni.. padanlah terjemahan tak lepas2 huhu..

Terima kasih di atas sokongan and dorongan dan penambahbaikan idea yang diberikan.. Kerjasama anda amatlah saya hargai.. (apa-apa yang eden ada masalah tolonglah bantu ek)..

Anyway thanks sebab masih sudi nak baca blog ni.. khas untuk korang sumer... Especially for Puan Noorizam Azira...

Sunday, March 30, 2008

RUANGAN KOMEN DAN CADANGAN

Isnin, 31 Mac 2008

Assalamualaikum warrahamatullahi wabarakatuh.. pe kabar korang, sorilah semalam and kelmarin tak dapat nak masuk internet coz kitorang ada keje mini projek kat luar.. nak tau ape nye, group aku semalam g Kellie's Castle amik maklumat untuk internet.. nnti aku masukkan sekali video yang aku wat kat sana ngan member2 aku yang lain tu..

Harap korang gembiralah tengok video tu.. hehe.. memang lawak.. ari Sabtu ari tu aku gi rumah Mira, tdo kat sana.. mak and family dia memang best.. baik gler terharu aku.. hehe.. adik dia pun best gak yang nama Adam tu.. rasa seronok jer bila borak ngan family Mira.. skang baru aku tau nape Mira tegas.. kat umah pun dia camtu jugak, tapi ketegasan dia ada pada tempatnya.. aku suka r ngan family dia.. kalo la family aku camtu kan best.. Mira tuka tempatlah Mira.. hehe..

Pastu aku ngan Mai dah beli barang untuk wat projek Keusahawanan kitorang, dah wat dah pun, nanti kitorang present korang tengokla hasilnya camner.. huhu.. penat giler nak wat sumer tu rasa cam nak tercabut kitorang punya tangan ni.. and then hasilnya akan kami bentangkan kat korang biler harinya nanti yer...

malam tadi aku tido lambat gler.. dahla semalam kitorang kene tahan kat depan pak Guard tu.. tak pasal2 jer.. bas kitorang rosak and kene tuka bas.. aku sampai kat poly dalam kul 7.10 malam.. takdelah malam sangat terang lagi time tu... memang ramai la warden yang datang menjenguk kat pintu tu.. nape biler petang2 jer ada warden.. apsal tak pagi2 tu dah turun tengok camne pakaian bebudak yang balik.. turunlah dalam kul 4 lebih ker pas Asar ker.. tengok pakaian bebudak pempuan yang lain camner.. rasa tak adil pulak, ada sorang budak pempuan tu, aku rasa baju dia ok jer.. tapi kene tahan and kene marah, sianlak aku tengok.. tak adil la pulak kan... huhu.. meluahkan perasaan dalam ni pulak.. sorila yer teremosi pulak.. biasalah bila g Gunung Ledang hari tu kan B aku paling banyak sampai terkeluar dari landasannya... hehe..

Hari ni hari last aku update akunyer blog.. harap2 korang sudi la baca apa jua yang aku tuliskan dalam blog aku ni... tak kisahlah... hehe... kepada Puan Noorizam, harap puan suka ngan apa yang saya dah wat... and bagila markah lebih sket kat kitorang ni.. hehe.. promote2..

Akhir kata, harap korang Sukses ngan apa yang korang dah wat sepjg penghasilan blog korang, and aku doakan kejayaan kita bersama pada sem ni.. kalo dah graduate nanti janganlah lupe aku yang teramatla comel ni.. huhuhu... Daaa di duuuu daduda....

Salam sejahtera and gud luck 4 all of you.. cayang korang sumer.. thanks kerana sudi meluangkan masa yer...

Thursday, March 27, 2008

Jumaat, 28 Mac 2008

Hai korang.. Assalamualaikum..weh esok kan aku gi Kellie's Castle untuk wat internet.. sekali ngan ahli group yang lain tak sabar rasanya nak gi sana.. hehe.. korang per citer blog korang.. mesti lagi cantik kan.. aku tak tau sebenarnya nak wat blog camne... aku belajar ni pun dari korang thanks sesangat sebab ajarkan aku.. jasa korang takkan aku lupa...
Agak2 korang apala yang kita belaja dalam kelas usahawan hari ni kan.. aduih.. byk giler keje.. pening pale aku dah la minggu depan ada exam pulak tu.. tension nyer... bila masuk sem 4 ni macam2 benda yang memeningkan kepala aku.. dengan usahawan nya.. tah bila nak dibuat aku pun taktaula nak cakap apa kan...
Semalam pembentangan usahawan tu kitorang tak prepair pun, tu yang bila lecturer tanya tu aku ngan Mai tercangak2 nak menjawabnya.. yerla.. orang dah tak prepair la katakan.. kul 11 kang g balik umah Mira baru nak beli barang-barang untuk persediaan usahawan tu..
Korang beli la yer barang-barang yang kitorang wat tu.. jangan tak beli pulak.. penat jer aku ngan Mai watkan khas untuk korang.. beli la.. beli la.. kalo korang tak beli.. aku pun tak beli barang koranglah.. Hehehe.. Sape lagi nak support member sendiri kalo bukan kita yer tak..
So de last want.. minggu depan dah antar kan blog ni.. so aku harap kiter dapatla markah bape yang patut kiter dapat.. Puan Noorizam, puan bagila markah lebih sket kat kitorang.. penat search internet tiap2 pagi ni... huhu.. pancing undila pulak..
K la korang.. nak g kelas dah ni.. chaw dulu ek.. cau cincau... nyam2.. huhu..

Wednesday, March 26, 2008

Khamis, 27 Mac 2008

Salam sejahtera wat sumernya.. hari ni bertemu lagi kita dalam blog aku ni.. aku harap korang ceria selalu, and hepi selalu.. cam senyuman aku ni.. hehe.. huhu.. haha...

Weh lupe nak gitau, semalam Tiqa mesej aku, dia kim salam kat korang sumer, ingat tak Tiqa yang mana satu ni, mesti kenal kan, awek kawan kita tu la.. korang tak rasa rindu ker kat diorang yang jauh di mata tapi diorang tetap dekat di hati kan.. rindu r kat diorang sumer.. agak2 dapat jumpa balik tak..apa yang korang wat semalam, dah sedia ker untuk forum hari ni.. harap korang tak gelabah bila kat depan nanti.. hehe..

Aku tau korang mesti penat kan semalam, banyak keje.. aku pun sama gak, semalam aku wat keje translation, esok dah kene hantar tapi aku tak siap lagi sebenarnya, hehe.. aku ngan mai wat sesama, aku wat muka surat 1 and 2, Mai wat muka surat 3 and 4, pastu nanti kitorang combine la.. jangan gitau Puan Saabiah tau, mati eden nanti.. huhu

Petang ni kitorang ada wat forum untuk kelas personaliti, korang wat la yang terbest, sebab ada markah, kalo tak de markah tak yah wat pun tak pe.. wah wah wah.. hehe, cik Emey doakan kitorang ek.. lagi satu.. aku hari ni sokong swasta, yang mana sokong kerajaan tu, siaplah hari ni berdebat dengan aku.. huhu.. tapi nanti aku ingat pasni aku keje kerajaan gak.. kira berpaling tadah la ni.. huhu..

Apa-apa pun tu jerla aku nak citer untuk hari ni.. k daa.. esok aku tulis lagi.. chau chin cau. melacau, cau kuncai.. ehhh apa daa....

Tuesday, March 25, 2008

Rabu, 26 Mac 2008

Salam sumernye.. pekaba hari ni.. ni aku pinjam laptop Mai sebab laptop aku tak dapat internet, dia suruh aku post tajuk jer, tapi aku nak tulis gak.. nak marah ker?? marahla.. tak heran.. hahaha..

Hari ni aku terbangun lambat gler, ngantuk la, malam tadi baca buku pun tak habis, baca2 camtu jer.. tak tau nak jawab apa nnti.. coz jap kang kitorang ada kuiz untuk BI.. sekali aku tak baca da kuiz tu.. merapu2 jer apa yang aku tulis.. huhu.. korang lain kali baca tau sebelum periksa tu jangan jadi macam aku ni ha.. huhu.. sodih den.. lagi satu.. wat betul untuk exam akhir nanti.. aku doakan kejayaan korang.. amin.. jangan lupa doakan kejayaan aku sekali tau..
daaaa daaaa (dada?? lain macam jer bunyi, ni yang lusty ni) hehe, jangan marah, cuma gurauan jer.....

Monday, March 24, 2008

Selasa, 25 Mac 2008

Assalamualaikum..

Hari ni aku tak larat sangat nak gi ke kelas.. tension banyak keje.. tadi pun dah dapat assignment untuk wat terjemahan, aku risola.. terjemahan aku teruk sangat, tadi pun dah kene marah dengan puan Saabiah.. rasa cam tak dapat nak teruskan lagi jer.. semangat aku dah lemah.. tak tau nak wat apa dah.. memang tension giler...

aku memang la nak wat yang terbaik untuk tiap-tiap sem, tapi mengenangkan keje yang melambak2 semua pensyarah nak bagi, memang down terus semangat aku nak berjaya.. aku riso aku tak dapat nak wat semua tu.. doakanlah aku.. tiap kali aku solat aku doakan benda yang sama.. and aku rasa cam dah tak larat nak hadapi sume ni.. dah tak berdaya dah badan aku ni nak tempuh..

aku doakan korang sukses dengan cemerlang la sem ni.. jangan riso.. ape yang berlaku tu ada hikmahnya.. and pensyarah wat sumer tu untuk kebaikan diri kita juga.. bukan untuk orang lain.. apa2 pun semoga korang sukses dalam apa yang korang wat.. aku sentiasa doakan kejayaan kekawan aku...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, March 23, 2008

Isnin, 24 Mac 2008

Hari ni aku datang awal ke cafe jabatan semata-mata nak search for internet.. tapi sekali line takde la pulak.. penat jer aku datang awal.. dah la mata mengantuk ni.. keje banyak pulak tu.. hai nasib2.. dah amik bidang ni kan.. teruskan jer la.. nak patah balik pun dah akhir sem dah..
Semalam kan, aku tengok konsert kumpulan Saujana tu.. best giler.. ada sorang tu handsome.. leh jadi prince charming untuk drama Cinderella.. tapi aku la jadi Cinderellanya.. huhu.. berangan jer..
Ok la weh, aku nak cepat ni, ni pun aku curi-curi masa internet untuk update akunya blog.. jangan gitau kat Miss Juwita tau.. kepada Puan Noorizam yang membaca, teruskan usaha puan membaca blog saya ini tanpa rasa jemu dan segan silu...
K daaaaaaaaa.. ada orang nak tulis lak ni.. sibuk jer.. bye2.. luv u all...